Pelajar yang keciciran atau tidak berminat meneruskan pengajian dalam bidang akademik, boleh menyambung pengajian di dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dikelolakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).<br /><br />Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sektor berkenaan dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih besar kepada golongan pelajar, seiring dengan keperluan semasa industri.